Penyanyi Yasin Sulaiman tarik balik dakwaan dadah bolos di penjara 👥
Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman menarik semula dakwaannya mengenai kewujudan dadah, hierarki, dan layanan kasta di dalam penjara. Yasin, 50, menyatakan kenyataan yang dibuat menerusi beberapa podcast baru-baru ini adalah tidak benar sama sekali. Tindakan menarik balik dakwaan itu dibuat selepas Jabatan Penjara Malaysia tampil menafikan dakwaan tersebut. Yasin menjelaskan beliau sedang mengalami episod bipolar mania pada waktu tersebut sebelum diarah mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta Ipoh, Perak. Beliau memohon maaf kepada Jabatan Penjara Malaysia menerusi hantaran di Facebook pada Isnin atas kekeliruan yang timbul. Pelantun lagu Mimpi Laila itu mengakui perkongsian pengalamannya tidak pernah dibuat dengan niat untuk mencemarkan nama baik jabatan mahupun memperkecilkan tugas pegawai. Sebelum ini, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Komisioner Penjara Mohamad Rosidek Musa menegaskan pihak penjara mempunyai prosedur operasi standard dan peraturan ketat. Jabatan Penjara sentiasa berusaha mengekang sebarang perkara negatif termasuk salah laku menerusi kawalan serta program pemulihan.
Baca laporan asal: astroawani.com →
- Diterbitkan
- 22 Sep 2026
- Bahasa
- Melayu
